Terma & Syarat
Terma & syarat servis
Ringkas dan jelas, supaya kedua-dua pihak tahu apa yang dipersetujui. Kemas kini terakhir: Julai 2026.
1. Skop servis
Webg (dikendalikan oleh Teras Core Sdn Bhd) menyediakan servis pembinaan website statik untuk bisnes, mengikut pakej yang dipilih (Webg Lite, Pro, Business atau Premium). Skop setiap pakej adalah seperti yang tersenarai di halaman Servis dan Harga pada masa tempahan dibuat.
Kerja di luar skop pakej (contohnya sistem tempahan berbayar, e-dagang penuh, atau integrasi khas) akan disebut harga secara berasingan sebelum kerja bermula.
2. Bayaran
Deposit 50% daripada harga pakej perlu dibayar sebelum kerja bermula. Baki 50% perlu dibayar selepas anda mengesahkan preview dan sebelum website diterbitkan ke domain anda. Semua bayaran dibuat melalui pindahan bank ke akaun Teras Core Sdn Bhd dan resit rasmi akan dikeluarkan.
Deposit tidak dikembalikan kalau projek dibatalkan oleh pihak anda selepas kerja bermula, kerana ia menampung kerja design dan penulisan yang telah dilakukan.
3. Revision
Setiap pakej disertakan bilangan pusingan revision seperti yang dinyatakan (Lite: 1, Pro: 2, Business: 3, Premium: dalam skop yang dipersetujui). Satu pusingan revision bermaksud satu senarai perubahan yang dikumpulkan dan dihantar sekali gus. Revision tambahan di luar had pakej dikenakan caj add-on bermula RM150.
Revision meliputi perubahan kandungan, teks, gambar dan susunan dalam design yang sama. Pertukaran konsep design sepenuhnya selepas kerja bermula dikira sebagai projek baharu.
4. Kandungan dan tanggungjawab client
Anda bertanggungjawab menyerahkan kandungan yang diperlukan (maklumat bisnes, logo, gambar) dalam tempoh 7 hari selepas deposit. Tempoh siap yang dijanjikan bermula selepas kandungan lengkap diterima. Kelewatan kandungan akan melewatkan tarikh siap.
Anda mengesahkan bahawa semua kandungan yang diserahkan (gambar, logo, teks) adalah milik anda atau anda mempunyai hak untuk menggunakannya. Teras Core Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas tuntutan hak cipta terhadap kandungan yang diserahkan oleh client.
5. Care Plan, pembaharuan dan penggantungan
Setiap pakej disertakan Care Plan percuma untuk tahun pertama (domain, hosting, SSL, backup dan monitoring). Selepas itu, Care Plan diperbaharui pada kadar RM249 setahun. Kami akan menghantar peringatan sebelum tarikh pembaharuan.
Kalau pembaharuan tidak dibayar, tempoh tangguh (grace period) selama 14 hari diberikan. Selepas tempoh tersebut, hosting website akan digantung sehingga bayaran dijelaskan. Domain yang tidak diperbaharui mungkin dilepaskan mengikut polisi pendaftar domain dan di luar kawalan kami.
6. Pemilikan
Selepas bayaran penuh dijelaskan, website dan kandungannya menjadi milik anda sepenuhnya. Domain didaftarkan atas nama anda dari awal. Kalau anda ingin berpindah ke penyedia hosting lain, kami akan serahkan fail website anda tanpa caj tambahan yang tidak munasabah.
7. Had liabiliti
Kami berusaha memastikan website anda sentiasa online melalui Care Plan, namun kami tidak menjamin uptime 100% kerana faktor di luar kawalan (gangguan pusat data, serangan siber, bencana). Liabiliti maksimum Teras Core Sdn Bhd bagi sebarang tuntutan adalah terhad kepada jumlah yang anda bayar untuk servis berkenaan dalam tempoh 12 bulan terakhir.
Website yang kami bina adalah alat pemasaran. Kami tidak menjamin sebarang hasil jualan, kedudukan tertentu di Google, atau bilangan pelanggan.
8. Pertanyaan
Sebarang soalan tentang terma ini boleh diajukan melalui email ke sales@webg.my atau WhatsApp ke 011-5439 2359.